Alhamdulillah a'la kulli haal!!!

All praises are due to ALLAH in Every Condition!




February 29, 2012

sumayyah... je... lah..

.
.
.

lokasi: di 7 eleven..

ketika nak bayar di kaunter...

ada seorang budak lelaki yang menjaga kaunter di 7/11 sangatlah ramah...

menegur sumayyah...

antaranya...

"umur berapa tahun ni dik?"

sumayyah jawab..

'3 tahun'

dia tanya lagi...

"nama apa"...

sumayyah jawab...

"su-may-yah'

dia tanya lagi...

"apa?"

sumayyah jawab lagi ...

"sumayyah"

dia tanya...

"sumayyah apa?"

sumayyah jawab...

'sumayyah'

mama sumayyah pulak tetiba yang dalam hati "hei, sudahlah... penat anak aku nak jawab"

tapi, diluar sambil cuba memaniskan muka, mama sumayyah jawab...

"dia kata, nama dia SUMAYYAH"

budak 7/11 tu tanya lagi kat sumayyah...

"takkan sumayyah je... sumayyah apa?'

cepat-cepat mama sumayyah masukkan balance duit dalam handbag dan menarik tangan sumayyah blah dari situ... sambil mengucapkan "terima kasih"...




tiba-tiba i terbayangkan 'annoying the duck song'...







lagu ni favourite sumayyah...
patutlah sumayyah boleh tolerate dgn abg seven eleven tu...


.
.
.

alhamdulillah...

.
.
.

fidza rasa, semua orang dah tengok kan vid pasal taska bedung kids n salotape mulut sambil sumbat puting kat mulut budak budak masa tido...



rasanya, semua orang pon terkejut dan geram tengok...

harini, keluar pulak dalam metro, kata kena sabotaj ngan pekerja pulak...

whatever...

apapun, benda ni memang menghantui fidza yang merupakan seorang mak yang menghantar anak ke taska...

mak yang mengabaikan tanggungjawab sebenar untuk menunaikan benda yang ALLAH tak pernah perintahkan iaitu keluar bekerja..




tapi, bila fidza ingat balik...

beberapa kali yang fidza pergi buat spot check kat taska sumayyah...

sumayyah & kawan-kawan dia tido ok...

takkena ikat...

antaranya..

june 2010...
masa sumayyah umur setahun lebih...
awal-awal masuk taska...


latest...
january 2012...
tido dengan mengepak...




tapi, sebagai mak yang over...

nak puas hati...

semalam, masa ambil sumayyah...

terus fidza tanya...


alhamdulillah...

tapi, sebab sumayyah kata dia tak kena ikat ngan salotape mulut sebab dia baik... *sabo je lah*

fidza confirm semula dengan sumayyah...

"ada tak cikgu ikat ngan salotape mulut kawan-kawan yang lain?"

siap tunjuk lagi video tu pada sumayyah...

sumayyah jawab "takde.."

lega rasanya...

alhamdulillah...


.
.
.

February 28, 2012

warkah dari bangladesh..

.
.
.

kami terima surat harith kali ni minggu lepas...

kalini, ia dihantar dari k.l...

ayah cakap, maybe harith bagi surat tu pada member yang dah nak balik malaysia...

minta tolong kirim...

sebab tu, setem k.l...

dan kalini, surat ditulis atas kertas dari note book....

bergebar gebar....

page pertama, gambar rimbunan pokok buluh...

page kedua, gambar rumah, pastu ada lembu... ada pam air...

ayah cakap, harith nak lukis gambar suasana rumah kat bangladesh lah agaknya...


page ke tiga... barulah content...


hehehehehehe... comelkan adik saya...?

.
.
.


11 Feb 2012


Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum, harap2 sume orang sihat selalu. Harith alhamdulillah sihat jasad, iman sakit nie, tengah berubat. he,he,he,. Sekarang nie, Harith berada di Jaipurhat, Bangladesh, nie second taskil/dihantar, bulan ketiga bagi tempoh 4 bulan. Bulan Pertama di India, Kedua Bangladesh (satkhira), bulan 3, Bangladesh (Jaipurhat).

Alhamdulillah baru beberapa minggu lepas Harith pergi ke IJTIMAK TONGI. Memang tiap-tiap tahun perhimpunan besar diadakan di Tongi, Dhaka, Bangladesh. Ijtimak Tongi nie, memang ramai 'gila!' orang yang datang. Die ada dua, satu pada 13,14,15 & satu lagi yang kedua pada 20,21,22 December. Maksud Ijtimak nie diadakan pada tiap2 tahun adalah untuk mengeluarkan sebanyak mungkin jemaah untuk dihantar ke seluruh alam. Semakin banyak jemaah di bentuk semakin banyak rahmat Allah akan turun & semakin banyak takaza agama di seluruh alam dapat diselesaikan. Dengan bergeraknya jemaah2, dapat menurunkan/meredakan kemurkaan Allah & rahmat Allah akan turun. Asbab atau kesan daripada jemaah2 Islam bergerak untuk jumpa umat, bagi tahu 'Dunia sementara, akhirat kekal abadi', 'Allah kuasa, makhluk tak kuasa','cara nabi SAW berjaya, selain cara nabi SAW xda kejayaan', 'solat tiang agama, mendirikan solat ibarat mendirikan agama, meninggalkan solat ibarat meruntuhkan agama' Allah SWT akan amkan hidayah ke seluruh alam.


Alhamdulillah Harith dan beberapa org jemaah hadir pada 13,14,15 December, kemudian baru di taskil ke Jaipurhat, lepas dibentuk jemaah solid Malaysia. Masa di taskil pertama Bangladesh, jemaah kami campur Malaysia dan Indonesia. Orang Indonesia sekarang nie memang ramai, baik di Nizamuddin  (markas) mahupun Kakrai (markas). Ada kawan cakap Raiwind (markas) pun org Indonesia ramai. Yang rasa x bestnye bayan penterjemah bahasa Indon. Tapi mungkin itulah mujahadah, tekan nafsu dari suke ke tak suke. Umat akhir zaman nie beza dgn mujahadah sahabat. Sahabat hilang tangan, hilang hidung, hilang kaki. Tapi umat akhir zaman masalah bahasa sket pun dah mujahadah dah.....



Sekarang nie, memang musim sejuk, 'sejuk tak terkata', 'sejuk bukan main', 'sejuk nak terkencing', dan sebagainya perkataan untuk menggambarkan kesejukan.. he,he,he,... Bila sejuk nie, mujahadah/susahnya bile nak ambik wuduk. Masyaallah, bangladesh nie negara miskin. Water heater pun xde. Istighfar dengan Allah. Tapi Alhamdulillah, lama-lama tu, dah naik bese dah. Insyaallah, kami/Harith akan balik pada 10/3/2012 dalam tempoh tu musim sejuk akan membawa ke musim panas, sejuk akan b'kurang Insyaallah.


Tiket Harith Dhaka-K.Lumpur 10 March 2012, Insyaallah.. Insyaallah, bile sampai akan duduk Sri Petaling dulu satu atau dua hari, sebab di situ, akan diadakan laporan/karkurzari & esoknya bayan tangguh. Tapi rasanya, Insyaallah arith akan bukak fon dulu. Lama tak dengar suara ayah, kakak, angah, abg pih & anih. Kalau rindu tu, jangan cakap la, jap2 kang teringat, duduk termenung sket teringat keluarga. Dan yang paling penting, teringat ibu IBU.Harap2 ibu baik2 kat sana, Itulah hakekat hidup ada temu & pisah. Arith mintak ngan Allah. moga2 antara harith dan IBU xde tuntut-menuntut. Di masyar nanti dengan mudah Allah masukkan 'kita' dalam syura. Gitu jugak Harith dan semua org dalam keluarga kita, kita semua dpt Redho Allah, then kita Redho akan Allah (macam sahabat), Dan insyaallah perkara nie tak mustahil bagi Allah. Allah sifat die penyayang, pemurah, pengasih, apa yang Allah kehendak pasti jadi. Bagi Allah, takda yang mustahil. Kalau Allah kata jadi, tak kata lagi dah jadi. Tinggal lagi, kita hamba kena banyak 'takut' & 'harap'. Masa hidup banyak 'takut' nanti nak dekat mati kita pakat2 'harap' dengan Allah.



Mungkin sepanjang Harith xda kat Malaysia banyak perkara terjadi kan. Harith teringat kak Jaja kawin dalam bulan Februari nie. Rasanya Harith memang x dapat pergi. Kirim salam kat kak Jaja yea. Harith convo pon tak tahu cite lg. Ada pikir jugak, tapi insyaallah ada rezki tu, adalah insyallah. Harap semua orang baik2 semua. Especially kak Yana, harap baik lah baby dalam kandungan tu.



Sepanjang harith keluar nie, kesihatan Harith alhamdulillah. Cume kadang-kadang Allah uji lah sikit, emosi  tak stabil. Tp segala puji bagi Allah 'overall' baik. Berkat ayah doa, kakak doa, angah doa, abg pih doa, anih doa dll..... Semasa di India, Nizamuddin, arith baru perasan, arith nie panas baran. Habis semua orang dalam hati nie rasa nak tumbuk. Istighfar ngan Allah. Alhamdulillah xde la bende buruk jadi. Cepat panas, cepat sejuk, cepat2 mintak maaf.  :)


Sepanjang Harith keluar ni, banyak perkara dalam usaha agama didedahkan. Antaranya amalan masjid, amalan bangun malam, amalan dakwah, maksud hidup yang sebenar dan lain2. Untuk hapuskan kebatilan naikkanlah perkara Haq. Umat akhir zaman sekarang terlalu lemah hinggakan org kafir yang takda zikir dgn Allah pun tak mampu nak lawan. Puncanya ialah umat Islam sendiri takda zikir dgn Allah, hinggakan amalan yang paling basic dalam agama pun ditinggalkan, antaranya solat, usaha atas iman dll...



Harap kakak, angah, abg pih & semua orang dapat hidupkan ta'alim rumah dengan menghidupkan amalan bacaan kata2 Allah dan kata2  Rasul dapat menaikkan keghairahan/keinginan/Jasbah untuk amalkan agama. Sekarang ni kehendak Maulana Saad (amir usaha agama) setiap umah orang Islam amalan bacaan kitab Fadhail Amal, & Muntakhab Ahadith dihidupkan disetiap rumah org Islam. Insyaallah dengan amalan ini, akan mengeluarkan kebatilan dalam rumah. Harith teringat dulu masa kecik2 Ibu & Ayah buat ta'lim. Gilir2 baca, abg pih, angah, kakak..... ingat2 lupa lah. Dan arith dpt rasakan masa tu penuh dgn Rahmat. Insyaallah kalau kita mulakan balik bacaan Ta'alim kat rumah, mesti ibu dapat saham yang sangat besar di Alam kubur. Nak diikutkan bacaan ta'lim nie, ada dua, satu di masjid, satu di rumah... Tapi untuk orang prempuan rumah sudah lah.


Buatlah amalan taalim nie, selama setengah jam (kalau mampu), Cube cari satu masa yang khusus semua orang boleh duduk dengar bacaan Hadith.& Al-Quran. Kalau mampu bacalah bacaan arab, kalau x, baca matan sudah...


Masyaallah, Bangladesh adalah satu negara miskin, tapi dalan kemiskinan dia orang hati sangat lembut. Kalau kite ziarah diorg senang nak dengar, pastu bile ajak p masjid senang nak ikut. Rumah dari tanah jew, air pulak dari air pam (manual), tak pun air kolam 'warna hijau'...Ops, x patut cite benda2 camnikan.... he3. Tapi betullah apa yang Nabi SAW kata, b'gaullah dengan orang miskin. Dalam kemiskinan deorang tak menjadi penghalang bagi masa b'sama jemaah. Kadang2 teringat, masa di India, salah seorang jemaah tergrab, 'menahan kesusahan dengan penuh taharmut'. Kata Maulana Saad  (amir dunia) itu adalah sifat Da'i. Yang pasti saya yang Hina ini, tidak punya sifat itu... Moga2 dikurniakan.



Insyaallah semua, dalam sebulan nanti kita jumpe balik lagi.... Kita semua pakat2 doa kita semua baik2 selalu... Ketetapan Allah pasti jadi... Sekiranya keputusan Allah kita jumpa & dapat b'sama maka akan jumpalah kita... Insyaallah di Sri Petaling nanti Harith 'call'...


Yang Pasti Mengadap Allah
Asrul Harith


.
.
.

nak balas surat harith ni, tak tau nak pos kat mana, balas kat sini je lah...


pertama...

kitaorang semua tak sabar nak tunggu harith balik.... rindu sangat kat harith....


kedua...

kak jaja bukan kawen bulan dua... kak jaja  kawen bulan 3.. 

10 march... 

hari harith bertolak dari sana...


ketiga...

terima kasih harith ingatkan pasal amalan ta'lim tu... 

betullah... dulu dulu, kita wajib hari hari buat ta'limkan... 

masa tu, ayah pon macam harith... kuat tabligh.. selalu keluar... sebulan sekali, mesti keluar 3 hari... 

setahun sekali, mesti keluar 40 hari... 

masa kita kecik kecik... alhamdulillah... ayah keluar, tapi tak pernah abaikan tanggungjawab pada kita...

 setiap kali ayah keluar, ayah mesti tinggalkan duit banyak kat ibu... 

dan ibu akan mewahkan kita beli makanan sedap sedap... 

dan paling best, ayah izinkan ibu bawak kita semua pergi berjalan rumah maksu... 

berhari hari... seronok sangat.. 

duduk kat rumah ngan ibu pon best... ibu layan kita beli video tape cite  yang kita nak tengok... 

masa tu, mana ada cd kan... hehehehe... sedar-sedar, dah nak habis tempoh 40 hari... 

tiap tahun, macam tu lah kita habiskan cuti hujung tahun sekolah... 

paling kakak ingat, masa kakak amik SPM, ayah keluar ke sarawak... 

ibu ganti tempat ayah hantar dan ambil kakak pergi dan balik exam... 

masa tu cuti sekolah kan... maksu pon selalu datang rumah masa tu... 

excitednya bila tengok ibu ngan maksu datang ambil kakak balik exam... 

ibu cakap, "ayah ada telefon, ayah doakan kakak banyak banyak dari sarawak... 

insyaALLAH, kalau kita redha dengan ayah yang keluar ke jalan ALLAH, 

ALLAH pasti akan jaga  dan pelihara kita... mudahkan segala urusan kita..". 

alhamdulillah.. :')




ke empat, 

kakak nak bagitau harith... 

alhamdulillah... lepas baca surat harith... kakak cari semula kitab fadhail amal kat almari buku ibu... 

dan mulakan sendiri ta'lim kat rumah... cuma kakak dengan sumayyah je... 

ayah dari maghrib sampai i'sya kat surau... 

abg mohd hafiz dah penuh agenda dengan activiti zikir dia... 

cuma kakak dengan sumayyah je lah... 

kakak mulakan baca kisah sahabat pada sumayyah.... 

kisah bilal bin rabbah... 

kisah amar bin yasir... 

tapi, of course lah penyampaiannya berbeza... lebih kepada bercerita dengan bahasa sumayyah.... 

sumayyah suka dengar... ternganga mulut dia... 

dia cakap "mama, pakcik jahat tu letak batu besar kat atas dada pakcik baik ke? batu besar kat sini? *sambil tunjuk kat dada dia*... 

paling kelakar, ada page yang berconteng kat kitab tu... 

sumayyah tanya.. "sape yang tulis tulis ni?"... 

kakak jawab "pakteh yang conteng... masa tu, pakteh kecik lagi.... dia amik buku ni, dia conteng conteng"... 

sumayyah jawab " takbaguslah pakteh conteng conteng"... hehehehe.... 

kakak bagitau, sekarang pakteh dah baik... pakteh tak conteng buku ni.,.. pakteh kat jauh... hari hari pakteh baca buku ni... :') 

tapi tau tak, setiap kali buka kitab, mesti dia request  baca page yang  yang harith conteng tu... kisah Nabi SAW di taif... tapi, kisah tu panjang kan.... penat nak baca hari hari... kakak ngelat lah... depan dia kakak buka page tu, tapi bila ready nak baca, kakak angkat sikit kitab, kakak baca  page lain... hehehehehe...


insyaALLAH, harap sangat... ALLAH bagi kekuatan pada kami berdua untuk berta'lim hari hari... 



kelima,

kalau cakap pasal rindu ibu... 

memang takkan berhabis...

kadang kadang angah telefon kakak, nangis... 

kadang kadang, kakak telefon angah, nangis...

bukan nangis tak redha... tapi nangis rindu...

kakak pon istighfar... takut jugak, kalau tanpa sedar.... dari rindu jadi tak redha...

harap ALLAH bagi kekuatan pada kita semua... dan ampunkan kekhilafan kita....




keenam,

perut kak yana dah besar..

kak yana dah scan...

tapi, surprise!!!!!!

insyaALLAH, harith sempat balik sebelum baby keluar..



ketujuh,

balik nanti, tolong  basuh toilet eyh... kata,  nak amal ikram muslimin kan?... hehehehehehe....



 lots of love,
kakak

.
.
.



February 27, 2012

happy feet two!!

.
.
.

haritu kan...


bila fidza balik dari office...

fidza tanyalah kat en hafiz... "best tak?... mana best dengan happy feet yang dulu"

ok, saya tau soklan tak sesuai... sebab en hafiz tak pernah layan pon happy feet..

en hafiz jawab.. "entah... ada udang... ada penguin... mengantuk... tapi sumayyah excited lah..."

ok... en hafiz...

dia mana layan cite katun semua...  

dalam kesibukan fidza...

cuma dua minggu lepas je fidza sempat beli cd dan tengok dengan sumayyah...

dan...

fidza sangat suka!!!!!!!!!!!!!!

rasa macam sedap gila cite tu...

macam mana en hafiz boleh layan tak layan je...?

fidza pulak yang lebih lebih tengok dari sumayyah...

sumayyah pulak, sukalah dia... sebab mama dia lebih over dari dia kan...

dia pon..

hari hari nak pasang cd happy feet 2...

sampai pukul 12 tengah malam pon, sibuk request nak tengok happy feet...

fidza suruh dia tido, dia jawab...

"mama, kan mama cakap mama suka tengok happy feet, jom kita tengok jom"..

sampai fidza nak tengok tv pon tak boleh...

fidza tengah tengok tv, tekedek kedek dia pi pasang cd happy feet sambil cakap ...

"mama suka tengok happy feet kan... kita tengok ye...  cite ni mama cakap best kan"..

sabo je lah...



tapi, dalam banyak-banyak scene...

dua scene fidza paling suka tengok...




pertama, masa mumble dgn bapak elephant seal bertembung atas "jambatan" yang "rapuh"...

diorang berebut nak lalu...

dan akhirnya bapak elephant seal jatuh... dan rupanya belakang dia ada dua ekor baby dia yang comel...

yang dok panggil panggil dia "deddey.. deddey"...

dan mumble berusaha menyelamatkan bapak elephant seal itu...

memang bestlah scene tu... nangis nangis terharu....




dan satu lagi...

masa elephant seal sekampung dan Ramon sekaum datang tolong selamatkan kaum mumble semua...

fuuuhh...

yang itu lagilah...

kalau fidza dengan sumayyah buka youtube...

asyik dok layan scene ni je...



suka sangat scene ni...





fidza cakap kat sumayyah...

"nanti.. bulan 3 nanti, kita dua orang je pi tengok SeeFood...


papa tak payah ikut... papa bukan suka tengok cite macam tu..."


en hafiz jawab... "elleh.. masa bila entah di nak pergi berdua dgn sumayyah"

tak sabar nak tengok seefood...
harapnya best...

.
.
.


teringat ingat....

.
.
.

sabtu baru ni...

lepas solat...

fidza terpandang majalah pa&ma yang lama lama kat rak buku tepi fidza...

tangan fidza ambil satu...

belek belek...

mengenangkan dah bertahun tahun fidza tak beli pa&ma...




dan fidza terbuka page soal jawab pasal hukum...

ustaz apa tah... fidza tak ingat nama...

tapi, ada ayat ustaz tu yang sampai sekarang fidza teringat ingat...

lebih kurang begini ayatnya...

"zaman sekarang, untuk menyusu anak bagi ibu bekerja bukan lagi halangan... ibu sentiasa boleh pam susu dan tinggalkan anak dengan susu yang di pam itu untuk keluar membuat urusan yang tak pernah diperintahkan ALLAH"



fidza baca ayat tu berkali-kali....

dan sangat bersetuju...

ya ALLAH, ampunkan kekhilafan kami....


"sumayyah, mama sayang awak"
.
.
.




warkah dari nizamuddin.. part 1

.
.
.

merujuk kepada entri fidza warkah dari nizamuddin..

dah  lama berniat untuk abadikan (abadi? blog ini sudah pasti tidak akan abadi...) warkah dari harith...

sebab fidza rasa, ni benda yang penting untuk fidza...

warkah yang fidza hargai.. dari adik fidza yang fidza rindu...

adik yang banyak doakan fidza... dan kami semua...

adik fidza yang ALLAH pilih...

:)





macam dalam entri dulu...

surat pertama dari harith ada dua volume...

sebab dia pesen surat yang sekali dgn sampul tu kan.....

tapi vol dua yang sampai dulu, vol satu sampai 3 minggu lepas tu...

sebab vol satu posmen salah hantar ke rumah lain...


.
.
.

ditulis: 12/12/2011

Sender's name and Address:-
Asrul Harith Bin Baharudin
Banggawali Masjid Baati
Hazrat Nizamuddin
New Delhi 110013

(Vol 1)


(Ayah, kakak, Angah, Abg Pih & Anih sekeluarga)


Assalamualaikum.... alhamdulillah harith sihat kat cni. cume ade rasa suam2 demam sikit tu beselah. Sekarang arith berada di Masjid Banggawali, Hazrat Nizamuddin, New Delhi. Harith kat India nie dah nak masuk sebulan. Insyaallah esok kami satu jemaah (4 orang) bergerak ke Bangladesh. Visa ada sebulan jew, so tak leh lama2 kat India. 


(Ayah, kakak, angah, Abg pih, anih dan keluarga tersayang.)
Alhamdulillah, sepanjang hampir sebulan harith duk di India, masyaallah semuanya boleh dikatakan baik. Nak-nak lagi bila kami di taskil ke satu daerah di India iaitu berhampiran Banggalore, (Pungganur) pejalanan untuk bergerak naik tren makan masa lebih kurang 50 jam pejalanan.


Mujahadah tu, memang mujahadah... yea la. amir sab dah la garang, campur rasa x sihat lagi disebabkan cuaca yang makin sejuk. Tapi bila dipikirkan kesusahan yang dihadapi nie, mungkin ada tarbiah dari Allah kepada harith. Kesusahan batuk. rasa cam nak demam, amir sab garang, jauh sekali nak dibandingkan dengan kesusahan para sahabat. Dan arap2 la ngan Allah moga2 kesusahan yang "takde ape" nie Allah S.W.T tukarkan dengan hidayah keseluruh alam.



Di dalam kesusahan, ada kenikmatan. Salah satu bendenya makan. Masyaallah boleh dikatakan xde sekali pun kami bukak set ta'am (alat2 dapur). Semuanya disediakan/nusrah oleh orang tempatan. Hebatnya Allah Ta'ala bagi sifat kepada mereka, jangan kata masa makan dia sediakan makan, masa ta'alim pun dihidang air. Dasyat. Kadang2 arith terpikir "Ape la yang Aq dah buat sampai diorang sediakan makan sedap2 kat Aq".. Alhamdulillah makan memang mewah... kami boleh dikatakan bab mkn x yah keluarkan duit. Moga Allah SWT ampun kan saya...


Dalam masa keluar ni dah tentunya arith teringat kat ibu... rasa rindu jew... harap ibu baik2 kat sana. Memang hidup ni sementara... Moga rahmat dan keampunan Allah SWT mencurah2 ke atas roh ibu... Amin. Kadang2 arith rasa rindu nak jumpe ibu... insyaallah mungkin kita dapat jumpa ibu dlm syurga...... Arith selalu niat setiap amal soleh aq nie dpt kat ibu. Satu amal orang keluar jalan Allah ganda 700,000 kali ganda dibandingkan amal orang x keluar jalan Allah. Doa.


(Vol 2)

Di markas Nizamuddin sendiri pun makanan tersedia. Masyaallah mungkin ini lah limpahan kurnia rezki Allah bagi mereka yang bagi masa dijalanNya. Dasyatnya, di markas Nizamuddin mcm2 orang dari pelbagai negara ada. Bila arith tanya2, ada orang dari Arab, Tunisia, Utopia, Kazakhstan, Indonesia, UK, Thailand, Brunei, Malaysia, South Africa, Sudan dan lain2.


Dalam jemaah arith dari Malaysia lebih kurang ada 4 orang. Arith, Ali, abg Faizal dan Abg Fadil.... Esok Insyaallah 13 Dec 2011 (selasa) kami bergerak ke Bangladesh naik flight, kecuali Ali, dia naik tren.


Keluarga tersayang...
Hebatnya ALLAH, dalam jutaan2 manusia, setiap satu semuanya dalam pengetahuanNya. Insyaallah ape yang kita harap kita semua dapat melihat wajah Allah. Di Nizamuddin pack dengan amalan ijtimai (beramai2). Ini semua, adalah rahmat Allah. Ulamak bagitahu, maksud kita semua dihantar adalah agama.... maksud hidup adalah agama... jadi usaha atas agama perlu diusahakan. Para sahabat mereka berjaya sebab mereka ada agama yang sempurna dalam mereka.


Hari ini, jemaah2 bergerak seluruh alam atas maksud ini (agama). Kejayaan arith dan kita semua adalah dalam amalkan agama senpurna ikut cara Nabi SAW. Pentingnya usahakan atas kalimah Laailahaillah Muhammadurrasulullah, iaitu macam mana iman yakin yang sempurna dapat diwujudkan dan Sunnah Nabi SAW dapat diamalkan. Penting juga, diusahakan atas solat khusyu' dan khuduk, iaitu macam mana kita nak usahakan ketaatan di dalam solat dapat di bawa keluar solat. Solat tiang agama, mendirikan solat ibarat mendirikan agama. Begitu juga ilmu & zikir, ikram muslimin, ikhlas niat & dakwah/tabligh.


Well, arith tulis surat nie  bukanlah nak berucap panjang. Cuma sekadar nak bagitahu arith sihat saja.... Moga ayah dan semua orang maafkan arith kalau ada apa2 kesilapan. Memang arith x bese tulis surat.... so, belajar2 and niat untuk amalkan sunnah... Memang arith boleh jew pergi cari "cc" kat depan masjid nie... cuma tulah... takut sayang dah keluar tapi kesan tarbiah x seberapa..nauzubillah... lagi pun bila kita keluar jalan Allah nie memang kita nak belajar putus dengan dunia luar. Kita sama2 doa kebaikan untuk kita bersama... Doalah moga Allah pelihara perkara buruk terjadi... Arap2 Ayah, kakak, Angah, Abg Pih, Anih dan semua orang sihat dan baik.
(Doa kebaikan bersama)


Dari tak reti tulis surat,
Asrul Harith   


.
.
.


surat yang dibaca berkali-kali...

takkan jemu.... sampailah harith balik... 

.
.
.








February 26, 2012

owh my... MUJI is coming!!!!

.
.
.

yup..

they are coming...

this april... at pavillion!!!!

awesome!!!!



*lompat lompat*

.
.
.



February 25, 2012

bisu

.
.
.

berbahagialah si bisu...

betullah, orang yang diam dan bisu lebih bahagia daripada orang yang bercakap....




.
.
.

February 24, 2012

sampai demamlah kiranya...

.
.
.

merujuk kepada entri semalam...

mungkin kerana terlalu stress...

petang semalam... 

saya rasa dada saya sakit... sesak.. dan saya tak boleh bernafas...

dan kemudiannya...

kaki saya rasa seram sejuk...

dan akhirnya...

saya demam...

malam tadi memang saya berselimut...

untuk kebahkan demam...

berselimut dalam bilik tak jalan...

sebab roommate saya mana boleh duduk dalam bilik kalau off aircond...

saya baring depan tv kat main hall...

sambil berselimut...

dan barulah rasa lega sikit...

suap sumayyah makan nasi pon sambil saya berselimut...

nasib baik sumayyah tak masuk selimut sekali sambil makan nasi....





bangun pagi tadi..

rasa demam dah kebah...

alhamdulillah...

.
.
.





February 23, 2012

di saat kita buntu..

.
.
.

kadang kadang benda kecil je...

kalau di handle dengan emosi yang terpimpin...

tak patut menjadi masalah...


tapi, bila kita stress...

kita akan rasa masalah yang kecil itu besar...

apatah lagi orang yang selalu kita rely on takde...

orang yang selalu boleh menjawab persoalan dalam kepala kita, takde...



tadi, dalam telefon, fidza mengadu pada dilah...

betapa sekarang fidza tengah stress..

dan akhirnya sambil merabak terlepas cakap...

"dee, aku sedih... dulu, ibu janji dengan aku, nanti bila sampai stage ni... ibu akan tolong aku... ibu akan settle kan semua sama-sama dengan aku... tapi, sekarang... aku sorang.... macam mana aku nak handle benda ni semua kalau  ibu takde"

dilah tenangkan fidza...

"ALLAH tau ko mampu buat kak... sebab tu ALLAH ambil ibu... sebab Allah tu ko boleh buat tanpa ibu"...

fidza lega... dan cuba yakinkan diri yang fidza boleh go through semua ni....

dalam hati berdetik....

"mesti ibu sedang tenang berehat kat sana... rehatlah bu, ibu dah terlalu banyak berkorban untuk anak-anak... sudah terlalu banyak menanggung dan mendengar masalah anak-anak... rehatlah ibu... rehatlah...."

terbayang wajah tenang ibu.... 

tapi sisi manja dan tak independant di hati fidza terdetik semula...

"kalau ibu ada, ibu pasti takkan rasa susah untuk sama-sama bersama fidza handle semua ni... mesti ibu excited sangat selesaikan setiap perkara satu persatu... mesti ibu akan support fidza dari segala segi... itu adalah ibu..."



dan akhir sekali....
bila fikir fikir balik...
benda ni semua kecil je...
tapi entahlah... sikap buruk gelabah lebih tak memasal memang ada...

*sekarang baru fidza rasa menyesal tak buat conveyancing... dah satu hape pon tak tau... *



~al-fatihah untuk ibu~

.
.
.

doa...

.
.
.

ya ALLAH, KAU sembuhkan ustaz Hashim yang kami sayang....

kembalikanlah kesihatan ustaz... kembalikanlah keceriaan ustaz...

sama macam ustaz masa bersama kami dulu...

LLBS 2005/2006...


barisan hadapan: ustaz-ustaz yang sangat berilmu, baik hati... dan telah mencurahkan ilmu dengan penuh ikhlas dalam kerendahan hati...
ya ALLAH, terima kasih kerana temukan kami...


sumayyah tengok gambar ni...
dan terus dapat cam mana satu fidza...
terus fidza peluk sumayyah dan cakap...
"terima kasih sumayyah, sebab kenal mama"..
.
.
.



tadi anniversary kitaorang...

.
.
.
ha'ah...

tadi...

22-02-2012...

genap 4 tahun kitaorang kawen...

sungguh... i tak suruh pon akak yang buat kek tu buat heart shape cenggitu... 
i prefer bulat ke.. tiga segi ke... rectangle pon  ok...



alhamdulillah...


walaupon entri ni bukan mushy mushy punya entri...

tapi jauh di sudut kamar hatiku, ku berjanji untuk menjadi yang lebih baik... 

sekian terima kasih...

silalah terharu!..



sebagai penutup...

terimalah...

lagu yang en hafiz pernah bg kat i masa nak tackle i dulu....



"en hafiz, sekarang saya cabar awak...

sila syairkan bebelan kata-kata saya... mampu?

mwahahahaha.."
.
.
.


February 21, 2012

baru nak berubat gigi

.
.
.
sabtu baru ni...

fidza bawak sumayyah jumpa dentist...

masa tanya dia...

"sumayyah nak jumpa dr esther ke nak jumpa. dr lelaki dewasa?"

sumayyah jawab...

"saya nak jumpa dr lelaki dewasa"...

entah... sampai sekarang fidza tak tau nama dentist itu...



masa jumpa, dentist kata, dah boleh introduce sumayyah dengan ubat gigi tanpa florida...

maka, itulah dia ubat gigi sumayyah...
comel je... hehehehe...



tanpa florida dan berperisa apple-banana..


masa memilih ubat gigi...

bukan main lagi excited si sumayyah itu...

lepas bayar je...

terus dia nak pegang...

tak bagi masuk plastik...



bukan main lagi excited nak pakai...
dia yang nak picit letak atas berus gigi dia...


dan bila letak je... di saat fidza nak suakan berus gigi itu ke mulut dia...

dia pon mulalah...

"saya tengok, ubat gigi ni... macam pedas je"...

fidza jawab...

"tak, ubat gigi ni tak pedas... cuba sumayyah tengok.. ada gambar banana... ubat gigi ni rasa macam banana"

sumayyah cakap...

"saya ni baby lagi... saya kena berus gigi dengan air je.."

fidza jawab...

"tak... ubat gigi ni memang untuk baby... dia tulis kat sini... untuk 3 bulan ke atas... baby sofea pon boleh pakai ubat gigi ni... sumayyah pon mesti boleh pakai ubat gigi ni... umur sumayyah berapa?

sumayyah jawab...

"umur saya dua bulan"

ok.. i pengsan..

malas nak gaduh dengan sumayyah... lagipun mulut dia masa tu bengkak kan...

maka, dah 3 hari dah... kitaorang letak ubat gigi kat atas berus gigi...

renung  rupa ubat gigi tu... pastu basuh...
  
tapi, tu mulut sumayyah dah baik...

malam ni siap dia...

.
.
.

alhamdulillah... dah ok...

.
.
.

petang semalam...

mulut sumayyah dah kembali ke bentuk asal...


alhamdulillah....



eh, nape?... bibir biasa tak sexy ke???
nak bibir botox semula?


.
.
.


Voulez vous NAKED avec moi? ***** GIVEAWAY *****

.
.
.

peeps, here another a must join giveaway...

giveaway by LinasBeautyDiary...


to join this giveaway, kindly to click photo above...

it ends on March 24...

.
.
.

February 20, 2012

i like this makeup organizer!!!!

.
.
.
sebenarnya...

rancang lain...

beli lain...


mendapat inspirasi daripada makeup organizer macam kim kardashian...


bersemangat mencari sana sini yang macam dalam gambar tu ha...

nak susun susun makeup macam ni ha...



tapi, cari punya cari...

tiba-tiba tersangkut yang macam kat dalam gambar bawah ni...

photo dari makeup organizer
berkenan sungguh dengan yang ini...
dengan harga yang sangat reasonable...
tanpa ragu ragu fidza order dari makeup organizer... 
plan "kalau susun makeup pon cun jugak ni"..



terima kasih kepada kak latifah, owner makeup organizer..


sangat mudah berurusan dengan kak latifah...




tapi, bila dapat...

di saat fidza menyentuhnya...

terus tak jadi nak susun makeup...

hati terus jadi berbunga-bunga...

sebab dapat idea...

nak susun skin care....

dan hasilnya....

maka, tak jadilah ia makeup organizer..
menjadilah ia skin care organizer...
sambil susun susun, sambil tersengih sengih...
space dia muat muat je dgn botol toner & makeup remover yang besar besar itu...
happy sangat sangat...
rasa macam nak bawak tidur....






adalah dua tiga hari kerjanya menyusun aje...

sekejap kejap yang atas dok bawah...

kejap kejap yang bawah dok naik atas...

dah lepas 4 hari...

baru teringat dengan misi asal...

"eh, kan selama ni cari makeup organizer macam kim kardashian???.. "




uools... kalau terberkenan... silalah ke fb makeup organizer... :)...


.
.
.




tak mainlah botox...

.
.
.

start petang sabtu, mulut sumayyah mula membengkak...

menjadi sangat ketara pada malam ahad....

dan sumayyah demam dan selesema malam tu...

sumayyah jugak kurang selera makan...


bengkak dari bibir atas sampai bawah hidung....



dari sisi...



sebab mulut bengkak, jadi susah nak bersihkan hidung dia yang beringus itu...

bila nak buang hingus dia, mesti dia nangis kalau terkena mulut... 




tapi....

paling sedih, sumayyah tak boleh menyusu....

siap doa lagi dia... "ya ALLAH, bagilah saya boleh nek mama"...




untuk memudahkan proses bf baby besor fidza ni, fidza kena menyusukan dia sambil duduk...

teringat pulak masa sumayyah baby dulu....

sampai umur dia 6 bulan, setiap kali menyusu, fidza kena duduk...

sebab, kalau baring, confirm akan naik kurap susu kat muka sumayyah...




hari ahad... jumpa dr. yaw...

paed kata, mungkin bermula dari gusi...

kejap je tu... lepas makan antibiotik, nanti ok...

dan...

paed kata, itu normal... biasa berlaku...

tapi... 

kenapa saya tak pernah dengar ia berlaku kat anak-anak kawan saya mahupun anak sedara saya????


'sumayyah, mama doa awak cepat cepat baik...

dan...

muka awak jadi peliklah dengan mulut yang tebal begitu... dah macam muka dang suria pulak... hehehehe"

.
.
.




February 17, 2012

mode

.
.
.


.
.
.


February 16, 2012

parah...

.
.
.
serius...

saya makin parah...

saya makin tak mampu nak menulis dan merepek seperti biasa di sini...

saya jadi tak pandai meluah...

banyak benda yang saya nak merapu kat sini...

tapi...

saya tulis... saya delete... saya tulis.. saya delete...

otak saya jadi tumpul...

kroniklah...


.
.
.

February 15, 2012

memang tah papelah...

.
.
.

semalam... 

saya buka email office...

dan saya dapat email dari court...

yang menyakitkan hati...

saya merasa marah sampai tangan saya sejuk...

walaupun saya dalam keadaan panas sebab aircond office rosak..

terus saya turun beli burger malaysia 5 ketul...

tapi saya makan dua je...



.
.
.

saya balik dalam keadaan sakit hati dengan email tersebut...

email itu telah memudarkan kegembiraan saya yang baru menerima parcel daripada order saya...

balik rumah..

saya buka parcel itu...

dan saya teus menggunapakai item yg saya terima itu...

terus saya lupa email yang saya dapat daripada court...

tersengih sengih saya mengadap item itu...

en hafiz pandang saya..

pelik agaknya dia tengok saya...

macam orang gile tersengih sengih mengadap barang baru itu..

hehehehe....

rasa macam nak bawak tidur je...

tapi tak pulak saya bawak tidur...

sebab macam melampau lah pulak kan...


.
.
.

iye... saya tak bawak tidur...

dan akibatnya...

malam tadi saya bermimpi pasal email yang saya dapat daripada mahkamah itu...

memang spoil betullah...

bangun pagi dengan rasa macam tak puas hati semula....




.
.
.