Alhamdulillah a'la kulli haal!!!

All praises are due to ALLAH in Every Condition!




February 27, 2012

warkah dari nizamuddin.. part 1

.
.
.

merujuk kepada entri fidza warkah dari nizamuddin..

dah  lama berniat untuk abadikan (abadi? blog ini sudah pasti tidak akan abadi...) warkah dari harith...

sebab fidza rasa, ni benda yang penting untuk fidza...

warkah yang fidza hargai.. dari adik fidza yang fidza rindu...

adik yang banyak doakan fidza... dan kami semua...

adik fidza yang ALLAH pilih...

:)





macam dalam entri dulu...

surat pertama dari harith ada dua volume...

sebab dia pesen surat yang sekali dgn sampul tu kan.....

tapi vol dua yang sampai dulu, vol satu sampai 3 minggu lepas tu...

sebab vol satu posmen salah hantar ke rumah lain...


.
.
.

ditulis: 12/12/2011

Sender's name and Address:-
Asrul Harith Bin Baharudin
Banggawali Masjid Baati
Hazrat Nizamuddin
New Delhi 110013

(Vol 1)


(Ayah, kakak, Angah, Abg Pih & Anih sekeluarga)


Assalamualaikum.... alhamdulillah harith sihat kat cni. cume ade rasa suam2 demam sikit tu beselah. Sekarang arith berada di Masjid Banggawali, Hazrat Nizamuddin, New Delhi. Harith kat India nie dah nak masuk sebulan. Insyaallah esok kami satu jemaah (4 orang) bergerak ke Bangladesh. Visa ada sebulan jew, so tak leh lama2 kat India. 


(Ayah, kakak, angah, Abg pih, anih dan keluarga tersayang.)
Alhamdulillah, sepanjang hampir sebulan harith duk di India, masyaallah semuanya boleh dikatakan baik. Nak-nak lagi bila kami di taskil ke satu daerah di India iaitu berhampiran Banggalore, (Pungganur) pejalanan untuk bergerak naik tren makan masa lebih kurang 50 jam pejalanan.


Mujahadah tu, memang mujahadah... yea la. amir sab dah la garang, campur rasa x sihat lagi disebabkan cuaca yang makin sejuk. Tapi bila dipikirkan kesusahan yang dihadapi nie, mungkin ada tarbiah dari Allah kepada harith. Kesusahan batuk. rasa cam nak demam, amir sab garang, jauh sekali nak dibandingkan dengan kesusahan para sahabat. Dan arap2 la ngan Allah moga2 kesusahan yang "takde ape" nie Allah S.W.T tukarkan dengan hidayah keseluruh alam.



Di dalam kesusahan, ada kenikmatan. Salah satu bendenya makan. Masyaallah boleh dikatakan xde sekali pun kami bukak set ta'am (alat2 dapur). Semuanya disediakan/nusrah oleh orang tempatan. Hebatnya Allah Ta'ala bagi sifat kepada mereka, jangan kata masa makan dia sediakan makan, masa ta'alim pun dihidang air. Dasyat. Kadang2 arith terpikir "Ape la yang Aq dah buat sampai diorang sediakan makan sedap2 kat Aq".. Alhamdulillah makan memang mewah... kami boleh dikatakan bab mkn x yah keluarkan duit. Moga Allah SWT ampun kan saya...


Dalam masa keluar ni dah tentunya arith teringat kat ibu... rasa rindu jew... harap ibu baik2 kat sana. Memang hidup ni sementara... Moga rahmat dan keampunan Allah SWT mencurah2 ke atas roh ibu... Amin. Kadang2 arith rasa rindu nak jumpe ibu... insyaallah mungkin kita dapat jumpa ibu dlm syurga...... Arith selalu niat setiap amal soleh aq nie dpt kat ibu. Satu amal orang keluar jalan Allah ganda 700,000 kali ganda dibandingkan amal orang x keluar jalan Allah. Doa.


(Vol 2)

Di markas Nizamuddin sendiri pun makanan tersedia. Masyaallah mungkin ini lah limpahan kurnia rezki Allah bagi mereka yang bagi masa dijalanNya. Dasyatnya, di markas Nizamuddin mcm2 orang dari pelbagai negara ada. Bila arith tanya2, ada orang dari Arab, Tunisia, Utopia, Kazakhstan, Indonesia, UK, Thailand, Brunei, Malaysia, South Africa, Sudan dan lain2.


Dalam jemaah arith dari Malaysia lebih kurang ada 4 orang. Arith, Ali, abg Faizal dan Abg Fadil.... Esok Insyaallah 13 Dec 2011 (selasa) kami bergerak ke Bangladesh naik flight, kecuali Ali, dia naik tren.


Keluarga tersayang...
Hebatnya ALLAH, dalam jutaan2 manusia, setiap satu semuanya dalam pengetahuanNya. Insyaallah ape yang kita harap kita semua dapat melihat wajah Allah. Di Nizamuddin pack dengan amalan ijtimai (beramai2). Ini semua, adalah rahmat Allah. Ulamak bagitahu, maksud kita semua dihantar adalah agama.... maksud hidup adalah agama... jadi usaha atas agama perlu diusahakan. Para sahabat mereka berjaya sebab mereka ada agama yang sempurna dalam mereka.


Hari ini, jemaah2 bergerak seluruh alam atas maksud ini (agama). Kejayaan arith dan kita semua adalah dalam amalkan agama senpurna ikut cara Nabi SAW. Pentingnya usahakan atas kalimah Laailahaillah Muhammadurrasulullah, iaitu macam mana iman yakin yang sempurna dapat diwujudkan dan Sunnah Nabi SAW dapat diamalkan. Penting juga, diusahakan atas solat khusyu' dan khuduk, iaitu macam mana kita nak usahakan ketaatan di dalam solat dapat di bawa keluar solat. Solat tiang agama, mendirikan solat ibarat mendirikan agama. Begitu juga ilmu & zikir, ikram muslimin, ikhlas niat & dakwah/tabligh.


Well, arith tulis surat nie  bukanlah nak berucap panjang. Cuma sekadar nak bagitahu arith sihat saja.... Moga ayah dan semua orang maafkan arith kalau ada apa2 kesilapan. Memang arith x bese tulis surat.... so, belajar2 and niat untuk amalkan sunnah... Memang arith boleh jew pergi cari "cc" kat depan masjid nie... cuma tulah... takut sayang dah keluar tapi kesan tarbiah x seberapa..nauzubillah... lagi pun bila kita keluar jalan Allah nie memang kita nak belajar putus dengan dunia luar. Kita sama2 doa kebaikan untuk kita bersama... Doalah moga Allah pelihara perkara buruk terjadi... Arap2 Ayah, kakak, Angah, Abg Pih, Anih dan semua orang sihat dan baik.
(Doa kebaikan bersama)


Dari tak reti tulis surat,
Asrul Harith   


.
.
.


surat yang dibaca berkali-kali...

takkan jemu.... sampailah harith balik... 

.
.
.








2 dESpErATe vOicEs:

Ika said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cam nak nangis je baca surat harith..mesti fidza bergenang je air mata kan? dia blk bila? harap dia baik2 aja :)

desperate mama said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang sedih... 3 kali pertama baca, memang nangis... kali ke empat dan seterusnya... bergenang air mata...