Alhamdulillah a'la kulli haal!!!

All praises are due to ALLAH in Every Condition!




February 19, 2011

hukum berchatting dengan bukan mahram

.
.
.

minggu lepas...

fidza terbaca tajuk kat metro... tak ingat apa tajuk dia betul betul apa..

tapi ia membawa maksud "berchatting dengan bukan mahram dikira berkhalwat"

tapi masa terbaca tajuk tu... fiza tengah dok kalut dengan sumayyah...

maka tak sempat la membacanya...

pastu, bila cari balik paper tu, dah tak jumpa...

mana tah ibu letak...



tiba-tiba...

harini rasa macam terpanggil nak buat research pasal ni...

apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram berchatting...

tak kiralah...

melalui skype ke... ym ke... mahupun fb...

maka fidza terjumpanya di sini...


fiza bersetuju dengan pendapat dan pandangan di situ....

untuk berkongsi, fidza cnp di sini...



Definisi Khalwat

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk selama-lamanya, seperti ibu, saudara, mak saudara dan sebagainya .

Ini bukan berarti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua-dua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda sebagai berikut:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang artinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini berarti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

Secara khusus, Rasulullah memperingatkan juga seorang laki-laki yang bersendirian dengan ipar. Sebab sering terjadi, kerana dianggap sudah terbiasa dan memperingan hal tersebut di kalangan keluarga, maka kadang-kadang membawa akibat yang tidak baik. kerana bersendirian dengan keluarga itu bahayanya lebih hebat daripada dengan orang lain, dan fitnah pun lebih kuat. Sebab memungkinkan dia dapat masuk tempat perempuan tersebut tanpa ada yang menegur. Berbeza sekali dengan orang lain.

Yang sama dengan ini ialah keluarga perempuan yang bukan mahramnya seperti kemanakannya baik dari pihak ayah atau ibu. Dia tidak boleh berkhalwat dengan mereka ini. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut:

“Hindarilah keluar-masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang laki-laki dari sahabat Anshar bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab Nabi: Bersendirian dengan ipar itu sama dengan menjumpai mati.” (Riwayat Bukhari)






memanglahkan...

bila lelaki dan perempuan yang takde hubungan sah berchatting berdua dan berbual benda benda yang tak penting dan tak perlu...

sama je lah maksiatnya macam berdating....

cuma tak leh nak raba raba or pegang pegang jela...

tapi si lelaki masih boleh meng'ayat'...

dan boleh menyebabkan si jalang perempuan terus jatuh perasan...






n u know what, wujud tau spesis perempuan yang walau dah berlaki...

mengadu cerita masalah dalam kelambu pada laki orang....

kononnya untuk mendapat kata-kata nasihat...

contohnya, "semenjak i kahwin, kemaluan suami i tak berfungsi... so, what du u think?... what should i do?"

yup... believe me, this type of wife wujud...

 contoh di atas diberikan untuk menunjukkan betapa berchatting berdua-duaan ni membawa ke arah maksiat...

ada ke benda-benda macam tu cerita pd jantan lain...

haih...

tak ke boleh membawa gelora syahwat kepada kedua dua pihak yg sedang berchatting itu....

n u know what, i really think yang konpem pempuan yg tgh mengadu tu memang tgh gersang dan mencari jantan untuk melepaskan kegersangan beliau...  





dan ada juga jenis lelaki yg bermulut manis...

puji memuji prempuan yang bukan mahram semasa berchatting berdua-duaan....


yg prempuan kan...

biasalah...

dah orang puji dan puja...

konfemlah akan kata orang tu syok kat dia kan...

dan jaja satu dunia cakap si jantan ni flirt dengan dia....

tahniahlah kepada si lelaki dan perempuan itu atas moment flirt meng flirt di antara satu sama lain...

mesti rasa seronok macam zaman muda muda single tanpa komitmen, kannn...




dan...

pengalaman fidza sendiri...

yg selama ni, fidza tak pernah cerita pd sesiapa...

tapi, rasa perlu dikongsi di sini....

ada sorang brother ni (bila i sebut brother, u tau la dia from which university kan...) ...

dia dah kawin dah pun...

masa kat U dulu, kitaorang kenal gitu-gitu jee....

bila fidza bukak fb...

mesti dia tegur "hye"...

i jawab la "hye"...

tanya serba sikit kat mana sekarang...

biasanya just a small chat...

tanya khabar je... bizi ke tidak... bila i jawab bizi... just stop there...


one day,  brother tu  tanya fidza...

"u ni open minded tak?"

fidza jawab.. "open"

dia tanya...

"berapa ukuran body u?"

time tu, terus fidza rasa macam "hey... ko sape nak tanya ukuran body aku???"

ko jual herbalife ke?"

of course la brother tu bukan agent herbalife kan... dah cek dah akaun fb dia... takde tanda tanda dia agent herbalife mahupun jusmate...

dalam hati fidza... gila ke apa dia ni?

since then, fidza tak jawab pun bila dia tegur hye...

takde kerja i nak layan... dan memang tak masuk pun dalam memori i...

dan sekelumit pun takde rasa perasan yg brother tu nak flirt ngan i...

dan.. tak pernah rasa pun nak hebahkan pada sesiapa tentang benda ni...

i ignore dan  i lupa...

takdelah i nak melompat eksaited kan.. 

mengaku kat semuaorang yg brother tu syok dan nak flirt kat i kan...






tapi...

apapun...

benda-benda macam ni...

bergantung pada jenis orang tu...

kalau lelaki sejak dari azali memang suka nak menyendeng nyendeng dan bermulut manis dengan perempuan...

dia memang akan begitulah dengan semua prempuan...

dan...

kalau perempuan tu memang sejak azali jenis suka menggatal dan melayan jantan...

dia memang akan suka berchatting dgn jantan saje saje takde sebab musabab....

cuma nak cakap...

malanglah isteri atau suami kepada mereka yg spesis di atas...

pity them...

(psstt... kalau laki korang macam tu, tak yah tunggu... mintak cerai je lah...)

(dan, kalau bini korang macam kes di atas, yang mengadu kisah dalam kelambu pd orang lain, ceraikan je terus....)






haih...

macam-macam kan...

semoga kita semua tak macam tu lah...

mintak dijauhkan...

peringatan untuk diri sendiri...

ye lah...

manalah tau...

harini  dok membebel bebel pasal ni...

esok lusa... i pulak yg berchatting dan ter'flirt' dengan teruna lain...

semua tu boleh berlaku....

kaaaaannnnnn.....



.
.
.


12 comments:

  1. setuju 200% dengan ape yg zah cakapkan ni...rase bengang plak bile fb jadik medan jejak kasih boipren gepren yg teputus hubungan utk reunite balik....cheh! kot sesame bujang ke..sesame janda duda ke xpe gak....ni banyak nye laki orang bini orang!
    shame on u la guys! patut nampak gambaran neraka kat orang orang mcm ni!!

    ReplyDelete
  2. Pedas nokssss! Hahhhhahahahha..get it..get it...

    ReplyDelete
  3. sama ngan jannah..setujuu setujuuu..
    tu semua barat punya ajaran..
    depa memang nak islam sesat barat chatting bagai..
    bukan kat chat je..tempat kerja pun sama..
    uishhh..cam ada pengalaman je kan..
    wakakkaaa..

    ReplyDelete
  4. lelaki n perempuan 2 mmg xder istilah kwn baik..apatah lgi ble msg2 da kawen..xyahla nk ckp yg laki 2 kwn baik ko n ko just nk share problem ko ngn die..mmg pastu jdik lain..kalo nk share problem pn kna crik same jantina..

    ReplyDelete
  5. jannah, setuju... memang banyak yang sibuk nak menjejak kasih dalam fb... lupa bini... lupa laki... tak sedar diri kan...


    qutaq, sedapnye red velvet!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. izah, betul, kalau kat tempat kerja tu lagi laa... si jalang boleh menggedik sambil menonggek nonggek punggung... spray minyak wangi 10 botol... asal dapat menggedik kan.


    demong, sangat setuju!!!!! lelaki dan perempuan takde istilah kawan kan.. tapi, nape tah, ada jugak yg suka sangat nak kawan lain jantina... nak ngadu kat lain jantina... polok sungguh....

    ReplyDelete
  7. salam...sy rasa ad sesuatu y xbtul kt ats. jgn nasihatkn org brcerai sbb sesungguh nye cerai e2 prkara halal y Allah S.W.T plg xsuka. kalau kite brcerai brgegar arasy Allah. n sy ad trbace sesuatu ari 2,kita brcinta dgn suami/isteri kita bukan kerana dia cintakn kita or kerana nafsu,tp kerana cinta kita kpd Dia. so, w'pun pahit,benci kita kpd suami/isteri maafknlah kerana cinta kita kpd Dia. kalau kita dpt suami/isteri cam kt ats nasihatlah. jgn senang2 cerai. ^_^

    ReplyDelete
  8. anonymous, setuju 100%... mmg sepatutnya kita cintakan suami/isteri kerana Dia.... ALLAH tu memang Maha Tahu kan, sebab tu kuasa cerai pd suami... sebab kalau pd isteri, terutama yg spesis macam saya... haih... alamatnya, sebulan kawen je dah berceri...

    ReplyDelete
  9. mcm mane nk nasihat golongan mcm nie...biasalah ckp diri open minded.. last2 nanti jadi lain pulak....

    ReplyDelete
  10. itulah kan..open minded sgt.. mula mula open minded... pastu, open benda lain pulak... ups...

    ReplyDelete
  11. aeinio, terima kasih kerana setuju... yes.. we against virtual khalwat...

    ReplyDelete

siapa komen, dia anggun kuasa 1000..